KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 Mei depan untuk keputusan semakan kehakiman tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengenyahkan cecair nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak terlibat. Pada prosiding hari ini, plaintif-plaintif iaitu Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MKTM); Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children…










