SUNGAI PETANI: Keputusan kes dua remaja lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sebuah kolej vokasional di sini, ditangguhkan kepada 24 Februari depan. Majistret Mohamad Azlan Basri yang bersidang di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini memerintahkan perkara itu memandangkan laporan akhlak kedua-dua tertuduh yang kini berusia 17 dan 18 tahun belum siap. Terdahulu, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda, C. Kumareson memaklumkan mahkamah mengenai status laporan berkenaan.…










