KULAI: Kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang menutup sebahagian nombor plat untuk mengisi petrol RON95 sehingga tular di media sosial kelmarin masih gagal dikesan pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, hal itu susulan tiada sebarang rekod pendaftaran kenderaan tersebut di peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini. “Memandangkan kenderaan itu bernombor pendaftaran Singapura, JPJ tidak mempunyai rekod pemilik kenderaan. Sehubungan itu usaha mengesan individu terlibat…










