Kena ‘scan’ betul-betul pilih lelaki, bakal bapa untuk anak - Sharifah Rose - Utusan Malaysia

Kena ‘scan’ betul-betul pilih lelaki, bakal bapa untuk anak – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Rose berpendapat wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, apatah lagi apabila melangkah ke usia matang dan memiliki pengalaman dalam perhubungan.

Menurut Sharifah Rose, yang kini menghampiri usia 30 tahun, kegagalan hubungan terdahulu menjadi pengajaran penting untuk tidak terburu-buru membuat keputusan melibatkan soal jodoh.

“Saya pun sudah menghampiri usia 30 tahun dan pernah melalui fasa perhubungan yang tidak menjadi. Bila berada pada usia ini, kita sudah ada pengalaman dan lebih matang.

“Jadi, saya rasa lebih baik kita ‘scan’ dulu betul-betul. Sekarang ini pula, kes perceraian hampir setiap hari kita dengar. Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambah pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu, pemilihan pasangan bukan sekadar untuk diri sendiri, sebaliknya melibatkan tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak pada masa hadapan.

“Bagi saya, kita bukan sahaja memilih pasangan hidup, tetapi juga bakal bapa untuk anak-anak nanti. Jadi, pilihan itu memang kena tepat dan dibuat dengan penuh pertimbangan,” ujarnya.

Sharifah Rose bagaimanapun menegaskan, fokus utamanya ketika ini masih kepada kerjaya dan pembangunan diri, selain menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.

Sebelum ini, Rose pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti  termasuklah Ezzrin Loy. Bagaimanapun, Rose mengakui tidak serapat dahulu kerana kesibukkan kerja. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN