JOHOR BAHRU: Sebanyak 18 buah kenderaan musnah dalam kebakaran belukar yang merebak sehingga kawasan bersebelahan Masjid Al Mahabah, Taman Bukit Mewah di sini petang semalam. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nakish Nekmat berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 1.32 petang sebelum sembilan anggota beserta dua jentera dikejar ke lokasi kejadian. Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran tersebut melibatkan kawasan belukar dengan anggaran keluasan 0.372 hektar yang merebak mengakibatkan…










