KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat tercekik biji buah rambutan di Felda Neram 1, di sini, semalam. Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa dikatakan sedang memakan rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang di Hospital Kemaman. “Kakak kanak-kanak itu mengupas buah rambutan dan diberikan kepadanya. Ketika sedang…










