PETALING JAYA: Perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terus mencatat pertumbuhan positif apabila jumlah penumpang mencecah lebih 19,000 orang pada hujung tahun 2025. Ketua Strategi dan Perancangan Prasarana Malaysia Berhad, Sharul Azwa Abd Rani berkata, sambutan terhadap perkhidmatan berkenaan semakin memberangsangkan selari dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap keperluan mobiliti setempat. Katanya, prestasi itu mencerminkan penerimaan yang semakin menggalakkan terhadap perkhidmatan mobiliti berasaskan permintaan yang fleksibel dan mesra…










