PETALING JAYA: Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hendaklah kekal dan diurus tadbir mengikut peruntukan Perlembagaan PN. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menyambut baik komitmen semua parti anggota PN untuk memperkukuhkan kesepakatan dalam gabungan tersebut. Namun katanya, mengenai cadangan pindaan Perlembagaan PN berhubung penstrukturan Majlis Presiden, Majlis Presiden hendaklah terus bertindak sebagai Badan Penasihat dan Pengawal Selia bagi memelihara dasar-dasar serta hala tuju PN, selaras Fasal 7A…










