Janna Nick, Puteri Balqis perang online pula - Utusan Malaysia

Janna Nick, Puteri Balqis perang online pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum reda konflik membabitkan pelakon Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, nama selebriti Janna Nick pula terpalit dalam pertikaian tersebut susulan satu perkongsian di platform Threads, baru-baru ini.

Janna Nick menerusi hantarannya menyentuh soal keikhlasan melepaskan sesuatu perkara serta tidak menyimpan dendam, tanpa menyebut mana-mana individu secara khusus.

Bagaimanapun, perkongsian itu mencetuskan reaksi daripada Puteri Balqis atau Aqish yang menyifatkan bukan mudah untuk seseorang melupakan penghinaan yang diterima.

“Kalau saya makikan akak Janna hari ini 20 kali, kakak boleh lepaskan saya tak? Boleh ‘move on’?

“Jawapannya tidak sebab kakak ada maruah yang perlu dipertahankan dan yang pastinya makian saya akan segar dalam ingatan kakak,” tulisnya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam nada sinis, Aqish turut menyindir Janna yang didakwa memerli dirinya dan ibu di media sosial.

Tidak berdiam diri, Janna Nick tampil menjelaskan salah faham tersebut dengan menegaskan perkongsiannya di Threads tidak ditujukan secara langsung kepada pelakon berusia 19 tahun itu, mahupun untuk mempertahankan mana-mana pihak.

“Threads saya itu secara umum dan tidak merujuk kepada sesiapa. Saya seorang yang pendendam, sangat teruk, tetapi apabila saya cuba melepaskan (walaupun tidak sepenuhnya), saya rasa lebih baik.

“Tetapi jika awak rasa cara ini buat awak puas, teruskanlah. Saya harap awak sembuh,” tulis Janna.

Malah, Janna turut mengimbau kenangan lama apabila dia dan Puteri Balqis pernah bekerjasama dalam sebuah drama ketika Aqish masih kecil.

“Kita pernah berlakon bersama. Saya rasa trauma saya tercetus apabila melihat seseorang yang berkaitan dengan awak tidur terbongkang di bilik yang saya ingin gunakan untuk solat (bukan ibu awak).

“Saya tidak suka melihat keadaan awak digunakan untuk mencari rezeki ketika masih kecil. Saya sedih kerana mengenali awak terlalu awal,” katanya.

Namun begitu, Janna memuji usaha serta dedikasi Puteri Balqis yang telah bekerja sejak usia muda dan mengakui bakat besar yang dimiliki pelakon itu.

“Saya rasa pertemuan saya dengan awak dan ibu awak terlalu singkat. Saya masih ingat awak membawa patung Darth Vader ke set penggambaran. Saya kagum dengan dedikasi awak.

“Awak tidak seperti kanak-kanak lain dan setiap kali melihat awak, saya nampak diri saya sendiri,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN