Jangan pisahkan kasih sayang ayah pada anaknya - Fazley

Jangan pisahkan kasih sayang ayah pada anaknya – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan nasihat kepada setiap pasangan agar tidak memisahkan hubungan baik antara ibu bapa dan anak biarpun sudah berpisah.

Fazley berpendapat, sekiranya seorang bapa masih mempunyai usaha untuk bertemu dengan anaknya selepas bercerai, tindakan itu sudah cukup membuktikan mereka seorang yang memahami akan tanggungjawabnya.

“Tidak kisahlah apa orang cakap tentang awak dan apa jua cerita dari pihak bekas isteri. Ketika seorang ayah minta agar tidak disusahkan proses dia jumpa anak.

“Awak sudah menunjukkan kepada anak perempuan awak bahawa awak seorang ayah yang bagus. Jangan pernah pisahkan kasih sayang seorang ayah pada anak-anaknya walau apa pun berlaku,” katanya.

Fazley memuat naik hantaran tersebut di Threads secara umum tanpa memetik nama mana-mana individu.

Dalam hantaran sama, Fazley turut mengingatkan setiap pasangan yang sudah berpisah untuk kekal profesional dan saling bertoleransi antara satu sama lain agar perkara itu tidak menjejaskan hubungan ibu bapa bersama anak-anak.

“Benar syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi kasihnya ayah juga membawa ke syurga,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan buah pandangan penyanyi lagu Asmara Ini itu.

Malah, ada juga yang mendakwa perkongsian tersebut mempunyai kaitan dengan isu perceraian pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang hangat diperkatakan sejak Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN