KUALA LUMPUR: Sebarang usul yang ingin mengiktiraf sistem pendidikan lain wajib menerima Bahasa Melayu dan Sejarah.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, ia adalah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekali gus perlu dipatuhi semua pihak.
“Jika nak buat sistem pendidikan baharu ia mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti jadi bahasa utama kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan.
“Sebarang usul mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti terima Bahasa Melayu dan Sejarah. Kalau ada yang tidak terima, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di sini, hari ini. – UTUSAN










