Isu letak jawatan Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan tidak berbangkit

Isu letak jawatan Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan tidak berbangkit

MOHAMAD Hanifah Abu Baker
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker menegaskan tidak timbul sebarang isu mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Ia susulan peletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri ini baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan menyifatkan kedudukan tersebut tidak berbangkit apatah lagi tiada persidangan DUN yang terdekat pada masa ini.

“Saya tiada komen berkaitan jawatan Ketua Pembangkang DUN kerana isu itu tidak berbangkit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Hanifah sebelum ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri ini mulai 1 Januari lalu.

Sementara itu, ADUN Serting, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan menyatakan nada yang sama seperti Mohamad Hanifah berkaitan jawatan Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan.

Beliau enggan mengulas kedudukan jawatan itu berikutan peletakkan jawatan ADUN Labu itu.

“(Tidak timbul isu) sehingga perkara ini dibincangkan di peringkat PN,” katanya ringkas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN