PETALING JAYA: Prospek sektor perladangan kekal berhati-hati berikutan jangkaan harga minyak sawit mentah (MSM) tahun ini yang dijangka berada pada paras lebih rendah, menurut RHB Research. Bagaimanapun, firma penyelidikan itu memberi amaran harga komoditi berkenaan kekal tidak menentu, didorong oleh faktor geopolitik serta perubahan dasar global yang berupaya memberi kesan kepada permintaan. Sehubungan itu, RHB Research menjangkakan harga purata MSM pada 2026 akan menyusut sedikit berbanding tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh…










