PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan kadar caj maksimum RM400 bagi tapak bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun ini, iaitu pengurangan RM100 berbanding RM500 pada tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kadar caj yang sama turut diwajibkan ke atas persatuan penjaja bagi mengelak sebarang beban kewangan yang tidak munasabah dikenakan ke atas penjaja. “Saya berharap bila kita turunkan kadar caj, peniaga…










