Hannah Delisha tepis gosip rumah tangga bergolak - Utusan Malaysia

Hannah Delisha tepis gosip rumah tangga bergolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hannah Delisha, 29, menjelaskan dia masih bergelar isteri kepada pelakon Imam Shah malah rumah tangganya sampai hari ini bahagia dan tidak berlaku pergolakan seperti didakwa.

Malah Hannah menganggap kad alu-aluan ketika menginap di sebuah hotel terkemuka yang tidak menyatakan statusnya sebagai isteri seseorang hanya sekadar salah faham yang perlu diperbetulkan.

“Sebenarnya kami sambut tahun baharu baru-baru ini bersama-sama di hotel itu yang mana tempahannya dibuat oleh suami, tetapi didaftarkan atas nama saya.

“Mungkin pihak hotel tidak maklum tentang status saya yang sudah berumah tangga. Disebabkan itu mereka menulis cik sebagai panggilan nama saya dalam kad tersebut.

“Apa pun saya faham kenapa ada pengikut media sosial yang berteka teki selepas melihat kad tersebut. Tapi tidak perlulah saya jelaskan apa-apa,” katanya yang ditemui semasa Pertunjukkan Fesyen Bulan Bintang: The Next Chapter 2026 baru-baru ini.

Terdahulu, netizen berteka teki tentang status perkahwinan pelakon ini apabila dia berkongsi beberapa gambar yang diambil sewaktu menginap di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar Disember lalu.

Panggilan cik yang ditulis sebelum nama pelakon ini dalam kad alu-aluan yang disediakan pihak hotel berkenaan turut menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Hannah dalam masa yang sama memaklumkan tidak khuatir untuk berkongsi hal peribadi di media sosial meskipun dia jarang berbuat demikian.

“Peminat tahu yang saya ini jarang berkongsi hal peribadi di media sosial. Tapi, pengisiannya akan kelihatan membosankan kalau saya sekadar berkongsi soal kerja sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN