SEREMBAN: Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyemak semula waktu operasi bazar Aidilfitri di negeri ini yang didakwa terhad sehingga 12 tengah malam sahaja. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kajian itu perlu bagi memberi peluang kepada para peniaga dan pengunjung bazar sempena bulan puasa menyeimbangkan masa antara menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti perniagaan. Beliau berkata, tempoh masa yang lebih wajar akan membolehkan kedua-dua pihak itu memberi tumpuan…










