GV12: Shae kecundang di minggu 11 - Utusan Malaysia

GV12: Shae kecundang di minggu 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perjalanan penyanyi Shae dalam Gegar Vaganza 11 ternoktah apabila dia diumumkan sebagai peserta ketujuh yang tersingkir malam tadi.

Shae yang membawakan lagu Rosalinda dan Toyol, berada di kedudukan paling Bawah dengan markah 65 peratus.

Penyanyi yang berasal dari Pekan Baru, Riau, Indonesia itu bagaimanapun bersyukur kerana berpeluang sampai ke minggu sebelas.

“Saya gembira dan sangat bersyukur. Tapi saya bahagia kerana akhirnya dapat pulang ke pangkuan suami.

“Tiga bulan saya tinggalkan rumah yang kini ibarat tongkang pecah. Jadi saya nak bersihkan rumah satu persatu.

“Kemudian saya nak bercuti di Bali selama satu minggu. Jadi saya tak sedih tinggalkan GV11,” katanya.

Konsert GV11 semalam turut menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail selesa di kedudukan pertama.

Iskandar Berjaya mencuri hati juri menerusi persembahan lagu Iris dan Despacito, mendapat markah 77.75 peratus

Dalam pada itu, pentas akhir GV11 pada ahad depan bakal menyaksikan persaingan sengit enam peserta yang bakal merebut gelaran juara.

Selain Iskandar turut mara adalah Mendua, Mark Adam, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Republik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN