Penyelia kilang didenda RM3,000 rakam video lelaki buang air dalam tandas

Penyelia kilang didenda RM3,000 rakam video lelaki buang air dalam tandas

SEORANG penyelia kilang didenda RM3,000 dan penjara tiga bulan sekiranya gagal bayar oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini selepas mengaku bersalah merakam seorang lelaki sedang membuang air di dalam tandas sebuah pusat beli-belah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang penyelia kilang didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengintai seorang lelaki lain di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Tertuduh, Na Yeow Sing, 31, yang masih bujang didakwa mengaibkan kehormatan dengan merakam lelaki berusia 32 tahun menggunakan telefon bimbit ketika sedang membuang air tanpa pengetahuannya di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di Taman Flora Utama di sini, pada pukul 5.15 petang, Rabu lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, polis menerima laporan daripada mangsa melibatkan seorang lelaki yang sedang merakam perbuatannya daripada atas ketika sedang berada di dalam tandas.

Setelah menyedari perbuatan itu, pengadu bertindak mengejar suspek sehingga berjaya ditahan sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk menghubungi polis.

Polis kemudian memeriksa telefon bimbit tertuduh dan mendapati terdapat satu rakaman video memaparkan pengadu sedang membuang air.

Kes dikendalikan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×