SHAH ALAM: Peguam mewa-kili Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) memohon tempoh masa mencukupi untuk meneliti dokumen setebal kira-kira 10,000 muka surat dikemukakan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Dokumen berkenaan merangkumi penyata bank dan maklumat syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan pertuduhan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Mohd. Nasiruddin Mohd. Ali. Turut didakwa ialah bekas akauntan syarikat itu, Hamimah Yakub, 74,…










