MAKKAH, Arab Saudi: Bagi umat Islam di Malaysia, ibadah Haji dan Umrah bukan sekadar perjalanan fizikal, sebaliknya ia merupakan kemuncak ibadah umat Islam dan perjalanan kerohanian yang penuh bermakna. Projek pembangunan Gerbang Raja Salman dijangka meningkatkan lagi keselesaan dan kemudahan jemaah, khususnya bagi para jemaah Malaysia yang berada di Kota Suci Makkah.
Pada tahun 2024, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah Haji, manakala ratusan ribu lagi mengerjakan ibadah Umrah. Peningkatan jumlah jemaah ini memerlukan penyediaan kemudahan yang lebih selesa dan teratur bagi mempermudahkan perlaksanaan ibadah serta kesejahteraan jemaah.
Terletak berhampiran Masjidil Haram, projek Gerbang Raja Salman dibangunkan sebagai sebuah destinasi bersepadu untuk menampung dan memenuhi keperluan jemaah dari seluruh dunia, termasuk keluarga, warga emas serta mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Projek ini diterajui Syarikat RUA AlHaram AlMakki selaku pemaju induk, dengan reka bentuk yang menggabungkan warisan seni bina Islam budaya Makkah serta kemudahan moden bertaraf antarabangsa untuk keselesaan dan memenuhi keperluan jemaah.

Kemudahan Mesra Jemaah
Meliputi kira-kira 12 juta meter persegi kawasan terbina, Gerbang Raja Salman menawarkan pelbagai kemudahan utama termasuk lalauan akses terus ke Masjidil Haram, laluan untuk pejalan kaki yang teduh, serta ruang ibadah yang mampu menampung sehingga 900,000 jemaah dalam satu masa.
Selain itu, pelbagai pilihan penginapan turut disediakan termasuk hotel empat dan lima bintang serta kediaman premium yang sesuai untuk jemaah Malaysia, sama ada secara rombongan atau bersama keluarga.
Bagi memenuhi keperluan harian, kawasan ini turut menyediakan kira-kira 200,000 meter persegi kawasan membeli-belah dan gerai makanan yang menawarkan hidangan halal sesuai dengan cita rasa jemaah Malaysia dan Asia Tenggara.
Ruang awam yang luas turut disediakan sebagai tempat berehat dan berkumpul, justeru mewujudkan suasana yang selesa dan teratur untuk jemaah.

Komitmen Kepada Ummah
Projek Gerbang Raja Salman mencerminkan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam mempertingkatkan kemudahan untuk umat Islam sejajar dengan Wawasan Arab Saudi 2030. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah serta Suruhanjaya Diraja Bandar Makkah dan Tanah Suci.
Projek ini diharap dapat memudahkan pergerakan, untuk memastikan keselesaaan jemaah dan mempermudahkan perlaksanaan ibadah.

Jemputan Kepada Jemaah Malaysia
Susulan penyempurnaan, Gerbang Raja Salman menjemput umat Islam dari Malaysia untuk melaksanakan ibadah di Makkah dengan kemudahan yang lebih selesa dan mesra jemaah.
Tidak kira kali pertama atau kunjungan berulang, Gerbang Raja Salman bersedia menyambut jemaah Malaysia dengan layanan yang perihatin, kemudahan moden dan perkhidmatan cemerlang yang sewajarnya diterima oleh jemaah Malaysia.
Lebih daripada sekadar sebuah pembangunan mega, Gerbang Raja Salman membawa harapan agar setiap jemaah Malaysia dapat menunaikan ibadah dalam suasana yang selesa, aman dan penuh penghayatan di Kota Suci Makkah.










