PETALING JAYA: Negara tidak seharusnya terperangkap dalam percaturan politik berpanjangan ketika pembangkang masih berdepan pergeseran dan pertelagahan dalaman. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, meskipun ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif, rakyat terus menyaksikan pembangkang berbalah sesama sendiri tanpa hala tuju yang jelas. “Hakikatnya, ekonomi negara kini memperlihatkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan, termasuk pengukuhan nilai ringgit, keyakinan pelabur yang semakin pulih serta kedudukan negara yang berada pada landasan…










