PUTRAJAYA: Kemasukan ke tahun satu persekolahan pada usia enam tahun adalah antara perkara utama terkandung dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM). Perkara lain termasuk prasekolah diawalkan pada usia lima tahun mulai tahun hadapan, sementara Matriks Pembelajaran Malaysia diperkenalkan untuk mentaksir pembelajaran bagi murid tahun empat dan tingkatan tiga. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan usia memasuki persekolahan itu belum diwajibkan, iaitu ibu…










