Kedai basikal raih untung lumayan jual secara online

Kedai basikal raih untung lumayan jual secara online

CHAN Jia Hao ketika ditemui di premis perniagaannya di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Di sebalik kebimbangan bahawa perniagaan fizikal bakal terkubur akibat ledakan jualan dalam talian sebuah kedai basikal di Kuala Pilah membuktikan sebaliknya.

Kedai yang telah beroperasi sejak 14 tahun lalu itu bukan sahaja kekal menerima pelanggan secara bersemuka malah mencatat jualan memberangsangkan secara dalam talian (online).

Keadaan itu sekali gus menunjukkan realiti baharu dunia perniagaan runcit iaitu gabungan strategik antara kedai fizikal dan platform digital.

Dengan memanfaatkan media sosial, aplikasi pesanan dan platform e-dagang, pemilik kedai itu berjaya meluaskan pasaran sehingga ke luar Ne­geri Sembilan.

Pemilik Shen Hong Bicycle, Chan Jia Hao, 38, berkata, minat terhadap basikal menjadi titik permulaan kepada perjalanan perniagaannya.

Katanya, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaannya memang hanya bergantung kepada jualan secara fizikal namun disebabkan penutupan premis serta sekatan pergerakan mendorongnya untuk beralih kepada jualan secara dalam talian.

“Ketika itu, orang tidak boleh keluar rumah untuk membeli. Jadi, saya memberanikan diri untuk beralih kepada platform dalam talian. Pada awalnya saya tidak menjangka jualan dalam talian akan menerima sambutan namun semuanya berubah selepas itu.

“Memang kebanyakan pelanggan saya merupakan dari luar Negeri Sembilan. Mereka membuat tempahan menerusi beberapa platform e-dagang.

“Mereka juga memberi maklum balas positif, antaranya penghantaran kami cepat. Selain itu, kami juga akan beri tunjuk ajar dengan lebih jelas cara-cara membaiki basikal sehingga pelanggan mahir,” katanya kepada Utusan Malaysia di pekan Kuala Pilah di sini semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×