KOTA TINGGI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah liar di Ladang Pasir Logok, Ulu Sedili, dekat sini semalam setelah dikesan menceroboh kawasan ladang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, tangkapan itu dilakukan susulan aduan yang diterima daripada Pengurusan Ladang Johor Plantation Group (JPG) kelmarin. “Seekor gajah dengan saiz tapak kaki hadapan 13 inci ditangkap di Ladang Tenggaroh 12,…










