PETALING JAYA: Kerajaan perlu memulih dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap persekitaran serta prospek ekonomi dan perdagangan negara. Presiden parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan wajar meletakkan fokus utama pemerkasaan ekonomi negara tahun ini kepada dasar perdagangan. Beliau berkata, penggubalan dasar yang lebih fleksibel membantu negara dalam menghadapi perubahan serta ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global. “Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia dapat menangani kesan aliran ekonomi, perdagangan…









