PETALING JAYA: DAPSY Pahang menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan menolak kerjasama politik dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataannya yang mendesak UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan menggunakan retorik perkauman. Timbalan Ketua DAPSY Pahang, Thui Zhi Yong berkata, seorang ahli politik yang bergantung pada retorik perkauman dan kebencian seperti Dr. Muhamad Akmal tidak boleh diberi ruang, malah terus mengikat Kerajaan Perpaduan dengan imej buruk. “Hanya dengan mengambil…










