PUTRAJAYA: Cadangan mengehadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya perlu diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelbagai cadangan boleh dikemukakan namun ia harus dilihat daripada sudut kebolehlaksanaan serta impak sebenar di lapangan. “Memang ada pelbagai cadangan termasuk mengehadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya, tetapi kita kena melihat sama ada cadangan itu praktikal atau tidak untuk dilaksanakan. “Ada juga pandangan daripada operator lebuh raya…










