JOHOR BAHRU: Akibat membuang puntung rokok merata-rata, seorang operator pengeluaran warga Bangladesh didenda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Orang Kena Saman (OKS), Sultan Md, 28, dijatuhi hukuman itu apabila mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Lelaki warga asing itu turut diperintah untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari…










