LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Beyonce diiktiraf sebagai selebriti kelima bakal bergelar bilionair.
Lapor Forbes, penyenaraian itu dibuat berdasarkan pendapatan tertinggi termasuk yang diraih penghibur itu hasil penganjuran konsert sepanjang tahun lepas.
“Beyonce menjana pendapatan melebihi AS$1 bilion hasil penjualan album, pelantikan duta jenama antarabangsa dan penganjuran konsert jelajahnya.
“Jumlah tersebut menjadikan Beyonce sebagai penyanyi ketiga dengan pendapatan tertinggi setakat ini,” menurut Forbes.
Selain Beyonce, empat penyanyi lain yang turut disenaraikan adalah suaminya, Jay Z, Taylor Swift, Bruce Springsteen dan Rihanna.











