PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) nafi terlibat dalam krisis politik yang berlaku di Perlis sehingga menyaksikan pengunduran Pas daripada kerajaan negeri itu. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu tidak terlibat dan tidak pernah cuba melemahkan PAS seperti mana didakwa sebahagian pihak. “Kami ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa Bersatu terlibat. Bersatu tidak pernah terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu malam tadi. Turut hadir…










