Bekas menteri terima rasuah RM5 juta: SPRM adakan sidang akhbar lusa - Utusan Malaysia

Bekas menteri terima rasuah RM5 juta: SPRM adakan sidang akhbar lusa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu sidang akhbar akan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lusa berhubung kes membabitkan seorang bekas menteri yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM5 juta serta kereta mewah melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki enggan mendedahkan identiti bekas menteri terlibat memandangkan siasatan masih berjalan.

Katanya, sidang akhbar itu dibuat bagi memberikan perkembangan terkini siasatan merangkumi tempoh sejak tahun lalu hingga awal tahun ini.

“Siasatan masih berjalan dan belum selesai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dengan HELP University serta Pelancaran Siri Forum Tadbir Urus dan Integriti 2026 di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat diterima SPRM, bekas menteri terlibat dipercayai menerima wang kira-kira RM5 juta daripada sebuah syarikat pemaju.

Suspek turut menerima kereta mewah berjenama Lamborghini daripada syarikat pembuat papan iklan.

Suspek telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi dirakam keterangan dan siasatan sedang menjurus untuk mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada syarikat proksi.

Dalam pada itu, seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan untuk kedua-dua kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN