KOTA KINABALU: Seramai 190 penduduk dari empat kampung di Beaufort, yang kediaman mereka terjejas banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Slagon yang diaktifkan malam tadi. Mengikut info Pusat Kawalan Bencana Sabah, mangsa membabitkan 75 ketua isi rumah dari kampung yang terjejas itu dipindahkan jam 10.30 malam. Difahamkan, banjir yang melanda empat kampung di Beaufort itu berlaku berikutan kejadian hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. “Mangsa dipindahkan ke PPS…










