Arteta janji kutip mata penuh

Arteta janji kutip mata penuh

ARSENAL dijangka tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Leeds United, malam ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjanjikan tiga mata penuh kepada peminat setia mereka ketika berdepan Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Arteta menegaskan, walaupun pasukannya mengalami kemerosotan selepas hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan terakhir, ‘mimpi indah’ menanti mereka di Elland Road.

“Pasukan akan turun dengan penuh semangat, keberanian dan keyakinan tinggi untuk mencari kemenangan,” kata Arteta dengan penuh yakin anak mbuahnya mampu mengutip mata penuh.

Arteta turut memuji impak Kai Havertz dalam aksi Liga Juara-juara menentang Kairat Almaty apabila tersenarai selaku penjaring yang menyaksikan Arsenal menang dengan keputusan 3-2.

“Havertz memberi banyak fleksibiliti dan ancaman dari pelbagai posisi. Dia pemain unik yang memahami rentak liga serta mampu menyesuaikan diri dengan tekanan yang ada,” katanya.

Arteta juga mengesahkan Havertz dijangka tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Leeds, sekaligus membantu Arsenal memulihkan momentum selepas prestasi kurang meyakinkan di tiga perlawanan terakhir.

Perlawanan esok bukan sahaja ujian buat Arsenal, tetapi juga pembuka lembaran penting untuk memastikan mereka terus kekal di puncak persaingan.

“Kami tahu apa yang menanti esok dan kami bersedia,” tambah Arteta yakin.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN