Arsenal gagal manfaatkan peluang kejatuhan City

Arsenal gagal manfaatkan peluang kejatuhan City

MANCHESTER City dalam misi memulihkan prestasi bagi mempertahankan gelaran EPL.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kegagalan Arsenal memanfaatkan kejatuhan Manchester City pada awal musim telah menghidupkan semula peluang The Citizens mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City melalui permulaan 2026 yang mengecewakan tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan awal, yang berisiko untuk menamatkan impian skuad kendalian pep Guardiola mempertahankan takhta.

Namun, rentetan keputusan tidak konsisten Arsenal termasuk dua seri dan kekalahan kepada Manchester United memastikan jurang mata kekal empat, sekali gus membuka ruang buat City bangkit.
“Kami bermula dengan sangat perlahan dan sejujurnya itu bukan situasi ideal untuk mengejar kejuaraan. Tetapi apabila pencabar utama gagal mengambil peluang, ia memberi kami nafas baharu,” kata kapten City, Bernardo Silva

Pertembungan penting di Stadium Etihad pada April dijangka menjadi titik penentu, namun sebelum itu kedua-dua pasukan berdepan ujian getir apabila Arsenal bakal melayan Leeds United yang sedang meningkat naik, manakala City dijadual bertandang ke Tottenham.

Silva turut menggariskan faktor pengalaman sebagai pemisah utama, dengan menekankan mentaliti juara yang dimiliki City dan Liverpool hasil kejayaan lampau, berbanding Arsenal yang masih mencari sentuhan terakhir untuk menjuarai liga.

“Pengalaman mengajar kami bagaimana untuk mengharungi tekanan saat genting. Namun hakikatnya Arsenal berada di hadapan ketika ini dan kami perlu mengejar,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemain tengah Portugal itu kekal berteka-teki mengenai masa depannya di Etihad apabila enggan mengulas spekulasi perpindahan walaupun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini, ketika beberapa kelab Eropah dan Amerika Syarikat dikaitkan dengan khidmatnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN