Anwar seru hidup rukun, tolak prasangka demi keharmonian negara

Anwar seru hidup rukun, tolak prasangka demi keharmonian negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengamalkan kehidupan bersama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan naratif permusuhan yang boleh menggugat keharmonian negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya usaha membina sebuah negara yang adil dan stabil perlu bermula dengan kesediaan semua pihak untuk saling memahami dan menghormati perbezaan dalam masyarakat majmuk.

Menurut Anwar, penyebaran sentimen kebencian dan momokan musuh yang direkayasa bukan sahaja merosakkan hubungan antara kaum dan agama, malah berpotensi mengancam perpaduan nasional.

“Prasangka dan stereotaip palsu ini jika dibiarkan akan menghancurkan asas keharmonian yang telah lama dibina. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menolaknya,” katanya mengulas pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj yang bukan sekadar menekankan kewajiban solat lima waktu, tetapi turut membawa mesej besar berkaitan keadilan dan kehidupan bermasyarakat.

Menurutnya, solat mempunyai dimensi yang luas dan memberi kesan bukan sahaja kepada pembentukan individu, malah kepada keluarga, masyarakat dan tadbir urus negara.

Mengulas pandangan ulama Nusantara, beliau berkata, Syeikh Daud Al-Fatani melalui kitab Munyatul Musolli telah mengaitkan ibadah solat dengan prinsip keadilan dan tatakelola yang baik.

Tambahnya, keadilan perlu difahami sebagai keseimbangan yang wujud seiring dengan fenomena convivencia global, iaitu kehidupan bersama masyarakat dunia dalam suasana aman dan damai.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan usaha mencapai matlamat kemanusiaan dan keadilan merupakan tanggungjawab bersama tanpa mengira latar belakang agama, selain menuntut sikap tawaduk serta keterbukaan dalam menangani isu-isu kompleks. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN