Anwar, Wan Azizah doakan kesihatan Tun Mahathir

Anwar, Wan Azizah doakan kesihatan Tun Mahathir

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendoakan kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad segera pulih dan dikurniakan keafiatan berpanjangan.

Anwar berkata, mereka sentiasa mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri itu serta berharap segala urusan Dr. Mahathir dipermudahkan.

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir pernah dirawat di IJN pada 13 Julai 2025 akibat keletihan, namun dibenarkan keluar pada hari sama. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN