Maaf kerana saya hodoh - Mao Xiaohui

Maaf kerana saya hodoh – Mao Xiaohui

MAO Xiaohui
MAO Xiaohui
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pelakon popular, Mao Xiaohui membuat permohonan maaf selepas penampilannya menerusi drama Chinese Paladin 4 dikritik netizen.

Xiaohui memuat naik 10 hantaran di Weibo, beberapa kali meminta maaf kerana penampilannya dalam drama tersebut.

“Saya mohon maaf kerana mengecewakan penonton.

“Saya sudah berusaha menurunkan berat badan, tapi masih kelihatan gemuk.

“Kenapa susah sangat turunkan berat? Kepada penonton, saya minta maaf.

“Maaf kerana Meng Li (watak) telah menghampakan anda,” tulisnya.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai pihak, termasuk pelakon drama yang sama, Mao Zijun yang memberikan pujian terhadap lakonan Xiohui dalam drama tersebut.

“Bagi saya, anda adalah yang terbaik,” tulisnya pendek.

Netizen bagaimanapun tetap bersangka buruk, menganggap lakonan Zijun dalam drama berkenaan tidak memberi impak dan menganggap tindakannya yang cuba menenangkan Xiohui sebagai ironik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN