PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Albert Tei, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal perlombongan di Sabah, dijangka hadir ke Bukit Aman esok bagi membantu siasatan polis. Difahamkan, Albert akan memberi keterangan berhubung satu laporan polis berkaitan kemunculan seorang wanita dalam video tular yang mengaitkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin. Peguamnya, Mahajoth Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu dan berkata, anak guamnya…








