KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kewujudan Team A dan B dalam DAP merujuk kepada sebilangan kecil pemimpin DAP yang mempunyai pendapat bercanggah dengan pimpinan utama parti tersebut. Ahmad Zahid berkata, beliau sudah membaca respon Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menafikan kewujudan dwipasukan dalam parti dan beliau turut bersetuju dengannya. Jelas beliau, maksud kenyataannya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO…










