Ada beberapa pimpinan Bersatu Selangor mahu sertai DAP?

Ada beberapa pimpinan Bersatu Selangor mahu sertai DAP?

MUHAMMAD NAJMI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pemimpin Melayu akar umbi DAP mendakwa, ada beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor datang berjumpa beliau bagi menyatakan hasrat menyertai parti itu.

Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam DAP asalkan ikhlas untuk bersama parti ini.

“Selepas memberikan penerangan tentang parti dan berjaya memahamkan mereka, saya kata, okay, saya alu-alukan mereka untuk menyertai DAP asalkan mereka ikhlas.

“Kata mereka, Bersatu amat berserabut pada masa ini,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Muhammad Najmi mendakwa, selain bergaduh dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN), pimpinan Bersatu itu memberitahu bahawa mereka terkesan dengan konflik antara Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Mereka merungut, macam mana nak bekerja untuk rakyat kalau pimpinan Bersatu asyik berbalah sesama sendiri.

“Persoalan lebih besar adalah bagaimana Bersatu mahu memerintah negara jika masing-masing ada agenda peribadi dan bukan untuk negara. Ada yang belum putus asa nak ‘tebuk atap’, ada juga yang tak puas-puas pegang jawatan,” katanya.

Dalam menyokong hasrat pimpinan Bersatu itu, beliau yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang akan menguruskan kemasukan besar-besaran pimpinan dan akar umbi Bersatu Selangor ke dalam DAP dalam masa terdekat.

Katanya, langkah itu demi mengukuhkan kedudukan DAP menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dari segi sokongan undi Melayu.

“Kita tidak mampu lagi nak biarkan orang-orang Melayu diperkotak-katikkan di persada politik negara oleh segelintir pemimpin yang rakus dan selalu memanipulasi kaum sendiri untuk kepentingan politik mereka.

“Bangkitlah bersama DAP! Parti untuk semua kaum!” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN