4 rumah teres musnah kebakaran

4 rumah teres musnah kebakaran

KEADAAN empat rumah teres musnah dalam kebakaran di Jalan Ampang 2, Taman Ampang Pecah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Ampang 2, Taman Ampang Pecah di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 9.39 malam semalam.

Menurut Mukhlis, kebakaran tersebut melibatkan empat unit rumah teres, dengan tiga daripadanya mengalami kemusnahan sehingga 95 peratus manakala sebuah lagi kira-kira 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 33 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru dibantu BBP Rawang, BBP Bukit Sentosa, BBP Tanjung Malim serta Pasukan Bomba Bantuan (FRAM) Kuala Kubu Baru digerakkan ke lokasi kejadian

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.25 malam dan laporan akhir mendapati tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.28 pagi,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini