Dua warga emas cedera motor kemalangan dengan lori kontena

Dua warga emas cedera motor kemalangan dengan lori kontena

Warga emas kemalangan lori kontena
PASUKAN bomba membantu menyelamatkan dua wanita penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena dekat Jambatan Sungai Tengi, Tanjong Karang di Kuala Selangor. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua wanita warga emas berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena dekat atas Jambatan Sungai Tengi, Tanjong Karang di Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kejadian berlaku di lokasi 2.3 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu lori kontena jenis Volvo dan motosikal Honda Wave.

“Terdapat dua orang mangsa wanita berusia 60-an mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan. Mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang oleh Ambulans untuk menerima rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.50 petang dan sepasukan enam pegawai serta anggota dibantu oleh sebuah jentera fire rescue tender terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Terdahulu situasi di atas jambatan Sungai Tengi dekat pekan Tanjong Karang itu gempar apabila sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan dan terperosok ke bawah sebuah lori kontena.

Kejadian tersebut kemudian tular dalam media sosial yang memaparkan orang ramai cuba membantu kedua-dua wanita terlibat dalam insiden berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN