PETALING JAYA: Kira-kira 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat tersebut turut terlibat di dalam siasatan itu dan tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan. “SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya di sini hari…










