BUKIT MERTAJAM: Semua 25 institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) secara rasminya dijenamakan semula sebagai TVETMara. Institusi itu termasuk sebuah Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII) serta masing-masing 14 buah Institut Kemahiran Mara (IKM) dan 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, institusi seperti GiatMara bagaimanapun dikekalkan buat masa ini dan…










