JOHOR BAHRU: Seramai 14 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri ini menggesa supaya kedudukan Datuk Dr. Sahruddin Jamal sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor digantikan menjelang pilihan raya akan datang. Ketua Bersatu Bahagian Pontian, Datuk Isa Ab. Hamid berkata, tindakan itu susulan kehilangan kepercayaan dalam kalangan ketua-ketua bahagian terhadap kepemimpinan bekas Menteri Besar Johor tersebut. Menurutnya, jawatan tersebut seharusnya disandang oleh mana-mana individu daripada 26 ketua…










