12.5 peratus keluar mengundi di Kinabatangan setakat 9 pagi

12.5 peratus keluar mengundi di Kinabatangan setakat 9 pagi

Calon Barisan Nasional, Naim Moktar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bilit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN: Kira-kira 12.5 peratus pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kira-kira 10.5 peratus pengundi telah berbuat demikian.

Sebanyak 36 pusat mengundi dibuka bermula pukul 7.30 pagi, dengan kebanyakan pusat dijadualkan ditutup pada pukul 5.30 petang.

Terdapat seramai 48,282 pengundi untuk Parlimen Kinabatangan manakala 13,515 di DUN Lamag.

Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kinabatangan, Mohammad Naim Kurniawan Moktar mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit.

Beliau tiba di pusat berkenaan pada pukul 7.30 pagi sebelum selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada pukul 8.55 pagi.

Sementara itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob, dijadualkan menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam pada pukul 2 petang ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lalu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN