PETALING JAYA: Kira-kira 10,088 permohonan tertunggak Perakuan Sijil Amalan Tahunan (PAT) 2026 bagi pengamal perubatan berjaya diluluskan setakat ini. Majlis Perubatan Malaysia (MPM) memaklumkan, sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025, sebanyak 70,274 permohonan PAT telah berjaya diluluskan. “Bagaimanapun, pada 31 Disember 2025, masih terdapat 13,603 permohonan yang tertunggak dan menunggu semakan lanjut. “Sehingga 8 Januari 2026, MPM telah berjaya meluluskan 10,088 daripada permohonan tertunggak tersebut,” katanya dalam…










