Zizie kongsi sisi peribadi Bung Moktar

Zizie kongsi sisi peribadi Bung Moktar, 16 tahun saksikan kebaikan suami

ALLAHYARHAM Bung Moktar Radin ketika bersama Zizie Izette
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berkongsikan hantaran terakhir di media sosial sebelum dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Zizie, 47, meluahkan sisi peribadi Allahyarham Bung Moktar yang murni dan jarang diketahui umum.

“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai. Tolong doakan dia,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Hantaran tersebut turut disertai video kenangan Allahyarham bersama anak-anak mereka sekali gus menggambarkan hubungan keluarga yang hangat dan penuh kasih sayang.

Zizie dan Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009 dan sejak itu hubungan mereka dipenuhi memori serta sokongan antara satu sama lain.

Sementara itu, melihat akaun media sosial abang Zizie, Samzy Fuzette, dia dipercayai sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu bagi menziarahi Allahyarham Bung Moktar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Berita sedih pemergian dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar melalui hantaran di Facebook.

Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi semalam.

Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berakhir pada Sabtu lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN