Russia sekat akses Roblox, dakwa sebar unsur ekstremis 

Russia sekat akses Roblox, dakwa sebar unsur ekstremis 

LOGO platform permainan Roblox dipamerkan di Pusat Pameran Perdagangan di Cologne, Jerman barat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia menyekat akses permainan dalam talian milik Amerika Syarikat (AS), Roblox, menuduh platform itu menyebarkan bahan berunsur ekstremisme dan mempromosikan propaganda  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor media negara.

Platform tersebut yang membenarkan pengguna membina permainan mereka sendiri dan berkongsi dengan pengguna lain merupakan permainan mudah alih paling banyak dimuat turun di RusSia pada tahun 2023, menurut akhbar Vedomosti.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi media Russia, pengawal selia media negara Roskomnadzor berkata, Roblox kini dipenuhi kandungan tidak sesuai yang boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan rohani dan moral kanak-kanak.

“Kanak-kanak dalam permainan ini menjadi mangsa gangguan seksual, diperdaya untuk memberikan gambar intim serta dipaksa melakukan perbuatan tidak bermoral dan keganasan,” katanya.

Sekitar 100 juta orang menggunakan Roblox setiap hari, dengan kanak-kanak bawah 13 tahun merangkumi kira-kira 40 peratus pengguna pada 2024, menurut syarikat itu.

Pengguna mula melaporkan masalah mengakses permainan tersebut di Russia sejak awal Rabu, menurut laman web pemantau gangguan internet.

Roblox sebelum ini turut diharamkan di beberapa negara lain termasuk Qatar, Iraq dan Turkiye, terutamanya atas alasan keselamatan kanak-kanak, manakala negeri Texas dan Louisiana di AS turut menyaman aplikasi tersebut atas sebab yang sama.

Pihak Roblox Corporation berkata, mereka menyaring semua kandungan melalui semakan manusia dan alat kecerdasan buatan, termasuk bagi membuang kandungan eksploitasi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN