PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan skim bayaran bantuan perumahan untuk golongan muda sebagaimana di negara luar bagi membantu meringankan beban kos sara hidup semakin meningkat. Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan (NHRA), Prakash P. Kalivanan berkata, skim bantuan berkenaan perlu disediakan untuk golongan muda yang baru memulakan pekerjaan dan mereka yang baru menamatkan pengajian. Menurut beliau, kadar sewa di bawah skim bantuan tersebut perlu ditetapkan dalam lingkungan had munasabah. “Kadar bantuan…










